Wednesday, March 18, 2009

Makaroni Goreng


Bahan-bahan:
1 packet pasta macaroni direbus dan di tos
500gm daging dihiris halus
3 batang carrot di hiris nipis
2 sudu besar sos cili (ikut suka)
2 sudu besar sos tomato (ikut suka)
Sedikit kicap manis dan masin (ikut suka,x letak pun x pe)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
4 biji cili merah
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih

Cara-caranya:
1.Bahan kisar dikisar/diblend bersama.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi
3.Setelah pecah minyak,masukkan sos cili dan sos tomato
4.Biarkan mendidih kemudian masukkan daging. Jika suka boleh masukkan fishball/fishcake/seafood la
5.Setelah daging empuk, masukkan carrot dan tunggu sehingga lembut.
6.Masukkan pasta dan sayur dan gaul rata
7.Masukkan garam jika perlu. Sedia untuk di hidang

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 6 ke 8 orang yang sederhana lapar
Masa penyediaan: 30 minit (kupas bawang - rebus pasta - potong carrot - potong daging - etc)
Masa memasak: 20 minit (lama sbb nak pastikan daging betul2 empuk)

Macaroni and chicken salad



Bahan-Bahan:
1/2 paket pasta makaroni di rebus dan di tus
250gm isi ayam di rebus dan di carik halus2
1 tin besar buah-buahan campuran
1 tin pineapple (jus nya di simpan)
1 kotak sederhana raisins (kismis)
Sos salad
Mayonis

Cara-caranya:
1.Masukkan ayam,buah-buahan, nenas,raisins dan kacau hingga sebati.
2.Masukkan sos salad dlm anggaran 3-4 sudu besar
3.Masukkan mayonis juga dalam 3-4 sudu besar
4.Masukkan jus nenas dalam 1/4 tin
5.Masukkan sedikit gula jika perlu
6.Gaul sebati. Masukkan dalam peti sejuk utk lebih lazat.
7.Boleh di hidang begitu sahaja atau sebagai pencuci mulut

Bihun Goreng ala djfi lg


Coming soon...

Ayam Goreng Madu (coming soon)


Chocolate Swirl Cake




Bahan-Bahan

150g tepung naik sendiri
1 sudu teh (tsp)baking powder
150g butter / minyak sayuran / majerin
150g gula caster
3 biji telur (Large)
4-5 sudu teh (tsp) coco powder
1 sudu teh (tsp) esen vanilla

Cara-caranya

1. Panaskan oven 180C/350F (api atas bawah atau gas mark 4)
2. Grease loyang dgn butter dan taburkan dgn sedikit tepung utk m'elakkan kek melekat. Boleh juga letak kertas surih. Loyang sebaik2nya bulat, tp klu ada 4 segi je nk buat mcm mn. ok je.
3. Pukul butter hingga creamy and fluffy (jgn lupa sblm tu biarkn dia cair pd suhu bilik and if takut pakai butter..the best is minyak sayuran..bkn minyak masak ya)
4. Masukkan gula dan pukul sebentar.
5. Masukkan telur satu persatu
6. Biar semuanya kembang (aku pun x tau mcm mn sbnrnya..tp main agak2 jek..hehehe)
7. Masukkan tepung dan baking powder.
8. Masukkan esen vanilla dan pukul sampai semua sebati.
9. Ambil 8 sudu adunan td dan asingkan ke mangkuk yang lain. Sudu biasa ya..
10.Masukkan coco powder dalam adunan tersebut (yg 8 sudu tu)
11.Gaul sampai semua jd coklat (no need to mixer..pakai spatula je gaul)
12.So sekarang ada 2 adunan, satu vanilla dan satu lg coklat.

Method plg simple n malas:
13.Masukkan semua adunan vanilla dalam loyang.
14.Kemudian letak adunan coklat di atasnya. bukan terus bedebuk semua. Satu per satu sudu adunan coklat. Selang seli..buat mcm bulatan dan ada tengah2. Nanti atas vanilla tu ada 8 sudu coklat (batter 8 spoon of chocolate randomly on to the vanilla mix).
15.Dengan menggunakan pisau, buat swirl kat loyang tu. so jd la swirl. Nak buat corak lain pun boleh. Ikut kreativiti masing2.
16.Bakar dlama oven dalam 40 minit..tp biasanya x 40 minit pun. Sentiasa periksa keadaan kek. Lepas 40 minit buka oven dan guna tooth pick/cake tester, cucuk kek..klu toothpick keluar dengan bersih..bererti sdh masak. Tapi klu tidak tambahkan lg masa memasak. Pandai2 la sendiri ya..heheheh..tp mmg mcm tu pun. Jangan sampai hangus dah la ok!

Tuesday, March 10, 2009

Ayam masak halia & oyster sauce

Resepi ini di ambil drpd kak liza..ala blog resepi yg famous tu http://makan.cari.com.my/ . Tp telah di ubah suai mengikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan
500gm ayam (di potong sederhana besar)
3 sudu makan oyster sauce
2 sudu kecil lada hitam
10cm halia dihiris
1 labu bawang mesar merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan bancuhan air tepung jagung
5 biji cili padi
Minyak
Air

Cara-caranya
1. Panaskan minyak ke dalam kuali
2. Masukkan bawang dan halia, goreng hingga naik bau
3. Masukkan ayam, air dan oyster sauce
4. Biar hingga ayam empuk
5. Masukkan lada hitam dan cili padi
6. Akhir skali masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
7. Angkat dan bolehla dihidangkan

Anggaran hidangan
Hidangan: 4 orang
Masa penyediaan & memasak: 30 minit

Saturday, March 7, 2009

Nasi Ayam


Nasi Ayam djfi

Ayam
Bahan-bahan
1 ekor ayam di potong sederhana besar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar madu

Cara-cara
1.Ayam di rebus separuh masak bersama dengan sedikit halia
2.air rebusan di simpan untuk memasak nasi dan sup.
3.Halia,serai dan bawang di kisar halus.
4.Gaulkan bahan kisar bersama dengan ayam, kicap , sos tiram dan madu.
5.Perap seketika atau beberapa jam
6.Kemudian ayam bolehla di goreng atau pun di bakar (200 celcius, 30 minit)
7.Lebihan perap ayam di goreng dan di jadikan sos kicap nasi ayam

Nasi Ayam
Bahan-bahan
4 cawan beras
9 cawan air rebusan ayam
2 sudu makan butter
3 biji cengkih
3 ulas bawang merah
1 biji halia di hiris halus
sedikit kunyit

Cara-caranya
1. Basuh beras
2. Goreng cengkih, halia dan bawang bersama2 dan masukkan ke dalam periuk nasi
3. Masukkan butter, air rebusan ayam dan biar mendidih terlebih dahulu.
4. Kemudian baru masukkan beras dan sedikit sahaja kunyit.
5. Kacau selalu agar rata dan tidak jelantah

Sup Ayam
Bahan-Bahan
Lebihan air rebusan ayam
Perencah sup bunjut/stok ayam
Sedikit rempah sup (x de pon x pe0
Sedikit halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cengkih
Daun sup
Minyak
Garam

Cara-caranya
1. bawang di hiris halus/di kisar
2. Goreng dalam periuk bersama dengan rempah sup, cengkih dan halia
3. Masukkan air rebusan ayam, stok ayam/sup bunjut
4. Masukkan garam seccukup rasa dan biar hingga mendidih
5. Jika suka boleh bubuh kentang, saderi dan daun sup

Sambal Nasi Ayam
Bahan-bahan
5 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan cuka
2 cm halia
sedikit garam, air

Cara-caranya
1. Kisar cili, halia dan bawang putih bersama
2. Masak di atas periuk. Masukkan sedikit garam, air dan cuka
3. Biar hingga mendidih dan angkat

Nasi ayam dihidangkan bersama dengan ayam, sup ayam, salad, tomato, timun, sos kicap dan sos sambal ayam.

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 4-5 orang
Masa penyediaan & Memasak: 1-2 jam

Nasi Lemak




Nasi Lemak Versi Malas
Bahan-Bahan
4 cawan beras
7 cawan santan
3 cawan air
1 inci halia di hiris halus
2 helai daun pandan
3 biji cengkih
Sedikit garam
Cara-Caranya
Basuh beras dan masukkan santan, air, halia, cengkih, daun pandan dan sedikit garam.
Masak nasi seperti biasa tetapi sentiasa di kacau agar santan dan garam rata.
Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan
20-30 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji lada merah
1 labu bawang besar di hiris halus
Sedikit ikan bilis
Garam, gula dan sedikit air asam jawa
Minyak
Cara-caranya
Semua bahan2 di atas di kisar hingga halus kecuali bawang besar dan ikan bilis.
Panaskan minyak di dalam kuali/periuk.
Masukkan bahan yg di kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit garam, sedikit gula dan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan ikan bilis dan bawang besar. Siap untuk di makan bersama nasi lemak
Nasi lemak boleh la di hidang bersama ikan bilis goreng dan sambal ikan bilis. Ia juga bole di makan bersama dgn sambal kerang/mussel. Selamat mencuba.

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 4-5 orang
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 40 minit (nasi + sambal + goreng ikan bilis)

Sambal Kerang (Mussel)

Mussel dalam Bahasa Melayu apa ya?Saya hampir terlupa. Baiklah setelah lama meninggalkan blog yg dah berhabuk ini..apa kata kita tgk resepi yg ini.

Bahan A
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia (x letak pun x pe)

Bahan B
250gm kerang/mussel/apa2 jenis ikut suka
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap
Sedikit garam (jika perlu..tetapi kicap dan sos tiram mmg dah masin)
Sedikit minyak

Cara-caranya:
Bahan A di kisar hingga halus.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan Bahan A dan masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit kicap(kicap ni dlm 4 titik je...jgn byk2)
Masukkan kerang dan angkat pabila kerang dah masak.

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 4 orang
Masa penyediaan: 15 minit (kupas bawang - buang biji cili kering- kisar - etc)
Masa memasak: 10 minit (jgn terlalu lama sbb kerang msk kejap je0

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP