Thursday, June 18, 2009

Nasi Goreng Tomyam



Resepi ni mudah mcm buat sup tom yam jg, but instead of boiling the water to make the soup, this time we use rice. Heheheh.

Bahan-Bahan:

4 mangkuk kecil nasi putih
1 peket perencah tomyam/tomyam paste
2-3 batang serai di hiris halus2
2-3 daun limau di hiris halus2
3-5 biji cili padi di hiris halus2 (ikut nk pedas/tak)
2 batang carrot di potong kecil
sedikit sayur bayam (agak2 la)
2 biji telur
sedikit garam
4 btg baby corn di potong kecil
3 ulas bwg merah di mayang halus
2 ulas bwg putih di mayang halus
100gm isi ayam dipotong kecil
100gm udang (x nk letak pun x pa)
100gm sotong (x nak letak pun x pa)
minyak utk menggoreng

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukan bawang merah dan putih. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan tomyam paste dan tumis hingga naik bau jg.
3. Masukkan ayam,udang,sotong dan goreng hingga agak masak.
4. Masukkan carrot dan biar sebentar.
5. Masukkan telur dan nasi. Gaul sedikit
6. Cepat2 masukkan daun limau, serai, baby corn, bayam dan cili. Kemudian sedikit garam.
7. Masak hingga semua bahan sebati dan angkat. Sedap!!!

Puding Caramel




Maaf gmbr di atas tidak begitu lawa. Terlupa mengambil gambar ketika puding masih elok. Hehehe. Ok, this is another simple pudding recipe but mostly ppl will make mistake when making the caramel syrup. Telebih hangus plak. Hehehe. Got some tips..juz read below. U can found the same recipe from myresipi.com n many more

Bahan-bahan:

3 biji telur
2 biji kuning telur
2-3 titik esen vanilla (utk hilangkan bau telur)
400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus (atau m'ikut suka..x nk manis leh kurangkan)

Bahan-bahan utk caramel syrup/gula hangus:

5 sudu besar gula halus
2 sudu besar air

Cara-caranya:

1. Mula2 skali kita sediakan caramel kita.
2. Masukkan gula dan 1 sudu air ke dlm periuk dan panaskan dgn api yg sederhana. Jangan di kacau.
3. Bila gula dah mula perang masukkan lagi 1 sudu air dan kacau sikit2.
4. Bila dah btl2 perang dan semua gula cair angkat dan tuang dlm loyang dan ketepikan.
5. Dalam periuk yg baru, panaskan susu tetapi jgn sampai mendidih dan ketepikan.
6. Masukkan telur,kuning telur dan gula. Kacau perlahan2. Klu dikacau kuat2 (dipukul) telur akan berbuih dan buih itu akan menyebabkn puding jd berlubang2.Tp klu x kisah byk lubang sbb rasa sm je..x pe la
7. Masukkan susu ke dalam adunan telur td dan esen vanila dan gaul sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang yg berisi caramel (no.4). tutup loyang dgn aluminium foil.
9. Kukus dgn api sederhana dalam masa 30 minit.
10. Boleh juga di bakar dlm oven dgn menggunakan teknik bran-marie. Sapa nk tau..sila google or leh tanya saya ye..hehehe..

Puding Roti Bakar






This is the simplest pudding recipe and you can find it anywhere on the net. I dont realy remember where did I found this recipe. Most probably myresepi.net or mesra.net or makan.cari.com.my with some modification. Sorry cant remember. The most delicious recipe is when u use toast bread (roti keras) or biskut marie instead of plain white bread. Sedap!!! Okla..back to the recipe

Bahan-bahan:

5-6 keping roti putih di sapu dgn butter (klu pakai toast bread or biskut meri x yah la)
450ml susu segar/susu cair
1 sudu teh kecik esen vanilla
3 biji telur
50g gula (ikut suka nak manis atau tak)
1 sudu besar tepung kastard

Cara-caranya:

1. Potong roti mengikut suka dan masukkan ke dalam loyang (plg best potong kecik2)
klu biskut meri/toast bread dipch2 kn jd kecik
2. Panaskan susu di atas api tetapi jgn sampai mendidih dan kemudian ketepikan.
3. Dalam bekas yang lain pukul telur dan gula hingga kembang.
4. Masukkan susu yg tlh dipanaskan td, esen vanila dan tepung kastard.
5. Gaul hingga sebati dan tuang dlm loyang yg berisiroti (no.1)
6. Biar roti kembang dlm 10-20 minit.
7. Bakar dlm oven dgn suhu 180 degree celcius selama 30-40 minit (ataupun hingga masak,pandai2 la agak ye)
8. Siap!!!

Udang Goreng Rangup




I learn this recipe from my mum. Its yummy even though i dont like to eat seafood. so here is the recipe.

Bahan-bahan:

228 gm Tepung Gandum
72 gm Tepung Jagung
36 gm Tepung Tang(wheat Starch)/ Tepung Kastard
2 sudu teh Double Acting Baking Powder
1 sudu teh garam amonia
garam secukup rasa
minyak jagung
air
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan di atas dan di gaul sebati dan ketepikan (batter)
2. Udang di buang kulit (tinggalkan ekor) dan di perap dgn tpg jagung dan gula kira2 10 minit kemudian d basuh bersih
3. Dalam mangkuk yg baru masukkan sedikit tepung jagung dan putih telur kemudian di gaul dgn udang yg tlh dibersihkan td.
4. Panaskan minyak, udang di celup dalam batter (adunan no.1) dan di goreng hingga masak.

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP