Tuesday, February 10, 2009

Begedil Daging Comel


Hari ini orang rumah saya telah bergotong royong membuat begedil bulat yang comel (djasmi,a'ai,yin dan saya). Rasanya pun comel..eh sedap!!!Resepi ini sebenarnya di ajar oleh effy dan effy pula dapat ketika dia study kt US dulu. Hahahah x berkaitan pun. Ini adalah makanan kesukaan saya tetapi untuk menyediakannya memang agak leceh jadi saya jarang memasaknya. Jadi sesiapa yang memang teringin sangat2 nak makan begedil boleh la mencuba. Sila bergotong royong seperti kami jika ingin membuatnya dengan pantas. Hahahaha. Gmbr di ats sebelum dan selepas.

Bahan-Bahan:
10 biji ubi kentang sederhana besar
300 gm daging -dicincang
300 gm ayam-dicincang
1 ikat daun bawang - dipotong halus
1 ikat daun sup -dipotong halus
sedikit bawang goreng (xde pun xpe)
1 labu bawang merah -dicincang halus
5 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
Garam
Minyak

Cara-caranya:
1.ubi kentang dihiris sederhana tebal dan di goreng(bole jg direbus)
2.Kentang td ditumbuk/dilenyek dgn pelenyek/alat masak burger tu..
3. Ayam dan daging di goreng/direbus atau plg mudah masukkan dlm microwave hingga empuk
4.campurkan kentang,ayam,daging,daun sup,daun bawang,bawang dan tepung jagung.
5.Gaulkan bersama-sama.Letak garam dan rasa..hmm..ngam!
6.Bolehla di gentel bulat2 kecik dan comel. Klu x kecil x jd begedil daging comel la...
7.Panaskan minyak di kuali(minyak banyak tau utk menggoreng)
8.Pecahkan telur didalam mangkuk dan pukul. Kemudian salutkan begedil dgn telur dan kemudian masukkan ke dlm kuali.
9.Goreng sehingga warna begedil berubah kepada coklat keemasan.
10.Sedia untuk di hidang.

Anggaran hidangan
Hidangan: 30-40 biji begedil yg comel
Masa penyediaan:40-50-60minit
Masa memasak:20 minit je goreng semua 30/40 begedil ni.

Nota kaki:jika tidak suka campurkn ayam dgn daging, boleh juga memilih antara salah satu yg disukai.

Bihun Goreng Ala djfi


Sebenarnya 'djfi' tu saja mengada. Seperti mee goreng, resepi bihun goreng ini juga sama cuma mee sahaja yang di gantikan dengan bihun. Masa memasak juga di panjangkan sedikit kerana mee mudah rapuh sedangkan bihun pula tidak. Bagi yang tidak tahan pedas boleh kurangkan cili kering dan tambahkan cili hidup. Tapi kalau dua2 cili pun tidak tahan, sila kurangkan mengikut daya ketahanan masing2. Bahan kisar juga boleh digantikan dengan perencah bihun goreng adabi jika tidak ada masa dan malas!

Bahan-bahan:
1 packet bihun
500gm daging dihiris halus
3 batang carrot di hiris nipis
1 ikat sawi/bayam (mengikut suka)
2 sudu makan oyster sauce
2 sudu besar sos cili (ikut suka)
2 sudu besar sos tomato (ikut suka)
Sedikit kicap manis dan masin (ikut suka,x letak pun x pe)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
4 biji cili merah
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
Bahan kisar ini juga boleh digantikan dengan perencah bihun adabi atau jenama yang sewaktu dengannya..

Cara-caranya:
1.Bahan kisar dikisar/diblend bersama.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi/perencah mee goreng
3.Setelah pecah minyak,masukkan oyster sauce, sos cili, sos tomato dan kicap.
4.Biarkan mendidih kemudian masukkan daging. Jika suka boleh masukkan fishball/fishcake/seafood la
5.Setelah daging empuk, masukkan carrot dan tunggu sehingga lembut.
6.Masukkan mee kuning dan sayur hijau (sawi/bayam) dan gaul rata
7.Masukkan garam jika perlu. Sedia untuk di hidang

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 7 ke 8 orang yang sederhana lapar
Masa penyediaan: 30 minit (Rendam bihun-kupas bawang-potong carrot-potong daging - etc)
Masa memasak: 30 minit (lama sbb nak pastikan daging betul2 empuk dan bihun tidak keras mcm dawai)

Mee goreng perantau


Mee goreng perantau, kenapa?Sebab ketika mee ni di goreng, saya berada di perantauan. Hahaha. Terima kasaih pada yang sedia berkunjung ke blog tidak seberapa ini. Saya hargai semua komen, teguran dan nasihat. Ramai meminta resepi untuk orang2 bujang, tetapi saya rasa setakat ini, semua resepi sesuai utk org bujang. Sila jangan malas ke kedai dan dapur. hohohoho

Bahan-bahan:
1 packet mee kuning (egg noodle)
500gm daging dihiris halus
3 batang carrot di hiris nipis
1 ikat sawi/bayam (mengikut suka)
2 sudu makan oyster sauce
2 sudu besar sos cili (ikut suka)
2 sudu besar sos tomato (ikut suka)
Sedikit kicap manis dan masin (ikut suka,x letak pun x pe)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
4 biji cili merah
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
Bahan kisar ini juga boleh digantikan dengan perencah mee goreng adabi atau jenama yang sewaktu dengannya..

Cara-caranya:
1.Bahan kisar dikisar/diblend bersama.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi/perencah mee goreng
3.Setelah pecah minyak,masukkan oyster sauce, sos cili, sos tomato dan kicap.
4.Biarkan mendidih kemudian masukkan daging. Jika suka boleh masukkan fishball/fishcake/seafood la
5.Setelah daging empuk, masukkan carrot dan tunggu sehingga lembut.
6.Masukkan mee kuning dan sayur hijau (sawi/bayam) dan gaul rata
7. Masukkan garam jika perlu. Sedia untuk di hidang

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 5 ke 7 orang yang sederhana lapar
Masa penyediaan: 20 minit (kupas bawang - potong carrot - potong daging - etc)
Masa memasak: 20 minit (lama sbb nak pastikan daging betul2 empuk)

Sunday, February 8, 2009

Pasta Carbonara



Maaf kerana gambar tidak jelas.

Bahan-Bahan:

1 paket pasta fetuccine (atau mengikut suka)
2 ulas bawang putih -di cincang
1 botol carbonara sauce / White sauce (brand ikut suka..tp sy memilih dolmio)
300gm boneless chicken -dipotong kecil2
1 tin cendawan butang -dihiris halus
2 tsp italian herbs (klu xde xpe)
sedikit keju parmesan utk di tabur (x ade pun x pe)
Garam mengikut suka
Minyak untuk menumis

Cara-Caranya:
Seperti biasa sediakan pasta seperti arahan memasak. Angkat, tos dan ketepikan.

Untuk membuat sos, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam dan masak hingga empuk.
Masukkan sos carbonara dan mushroom.
Masukkan herbs jika ada.
Kacau hingga mendidih. Dan boleh la di makan dgn pasta td.
Tabur keju atas pasta dan sos.
Untuk makanan berkhasiat, makan bersama brokoli dan carrot yg telah di rebus.

Hidangan: 5-8 orang (mengikut size badan dan cara pemakanan)

Spaghetti Bolognese




Bahan-Bahan:

1 packet spaghetti (pasta angel hair pon sodap!)
1 tin cendawan butang (button mushroom) -di hiris halus
1 botol bolognese sauce (prego/dolmio/apa2 brand pun bole)
500gm daging cincang
1 labu bawang besar di cincang/hiris halus
2 ulas bawang putih dicincang/hiris halus
2 tsp oregano / italian mixed herbs spice (klu tiada pun tidak mengapa)
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Rebus spaghetti seperti arahan memasak kt belakang label tersebut.
Tapi biasanya rebus spaghetti dlm 10-20 minit dalam air mendidih yg di tambah sedikit minyak (agar pasta tidak melekat) dan sedikit garam)
Setelah masak angkat, toskan dan letak tepi.

Untuk menyediakan sosnya, mula2 tumis bawang besar dan bawang putih di dalam periuk.
Setelah naik bau, masukkan daging dan goreng hingga empuk.
Kemudian masukkan sos bolognese dan mushroom.
Akhir sekali masukkan serbuk oregano/ herbs jika ada.
Wala...bon apetit.

Hidangan: 5-8 orang (mengikut size badan, tahap kelaparan dan pola pemakanan)

Saturday, February 7, 2009

Daging Masak Lada Hitam


Seperti biasa..versi simple..

Bahan-bahan:
500gm Daging
1/2 inci halia di hiris kecil(ikut suka)
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 labu bawang besar (hiris tp jgn nipis)
1 tbsp (sudu besar) oyster sauce
1 tbsp (sudu besar) tepung jagung (corn starch)
1 tsp (sudu kecil) serbuk lada hitam
3 tsp (sudu kecil) kicap masin
3 biji cili padi
1 batang carrot (jika suka-di potong pjg)
Minyak untuk menumis
Air
Garam secukup rasa

Cara-Caranya:
Daging di potong halus dan di rebus untuk melembutkannya. (Tak nak rebus pun x apa tetapi lmbt la masak nnt dan takut daging liat!)
Untuk lebih enak bole peram daging bersama2 dgn lada hitam dan kicap semalaman tp x de masa so teruskn memasak. Hehehe.

Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk sehingga naik bau.Masukkan halia.
Masukkan daging, kicap, lada hitam, oyster sauce dan air.
Biarkan sehingga daging empuk. Kacau selalu dan tambah air jika agak kering.
Setelah agak empuk, masukkan carrot dan cili padi dan akhir skali bawang besar.
Masukkan garam tetapi biasanya kicap dah masin...
Letakkan air tepung jagung (tepung jagung + air) utk memekatkan kuah. Lebih kurang 3 ke 4 sudu kecil air jagung. Bila dah agak pekat, angkat dan hidangkan bersama nasi.


Hidangan: 5 orang

Nasi Lemak Goreng




Idea ini terhasil kerana terdapat lebihan nasi lemak tetapi sambal nasi lemak telah habis. Untuk tidak membazir (sesungguhnya membazir itu perbuatan syaitan) saya telah membuat eksperimen menggoreng nasi lemak tersebut. Hasilnya sungguh lumayan..nasi goreng yang agak berlemak (Awas!!Jangan di makan selalu kerana kandungan lemaknya yg sgt tinggi!Stay healthy - pesanan drpd penaja)

Bahan-bahan utama
Nasi lemak (klu x ada bole masak nasi lemak dulu cara2 nya spt msk nasi biasa tetapi tukarkan air kepada santan, masukkan garam sedikit, dan halia)
Ikan bilis (di goreng terlebih dahulu)
Sayur (ikut suka tapi sy memilih sayur kacang pjg yg di potong halus)
Daging/Ayam/seafood/sosej (sy gemar menggunakan sosej kerana budak2 mmg suka mkn nasi yg ada sosej..eh sejak bila sy ada anak???)
Garam secukup rasa
minya untuk menumis

Bahan-bahan tumis
Cili padi (ikut suka..tp sy suka angka ganjil..org tua2 kata klu ganjil pedas??sy suka letak 13 cili)
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih (mesti guna kerana kandungan anti oksida yg tinggi ya!)
sedikit ikan bilis
1cm belacan

Cara-Caranya:
Kisar bahan-bahan tumis atau tumbuk dgn lesung. Saya gemar tumbuk kerana rasa lebih enak,tp apakan daya berada d perantauan terpaksa guna blender (ada jual tetapi mahal)

Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan tumis yg telah di kisar.
Setelah naik bau, masukkan ayam/daging/seafood/sosej.
Masukkan sayur dan nasi, gaul sebati.
Akhir sekali taburkan ikan bilis yg telah di goreng.
Bubuh garam dan gaul (sila kurangkan garam untuk mengelakkan darah tinggi)
Tutup api dan sedia utk di hidang.
Selamat mencuba!

Hidangan: 5 orang (mengikut size badan)

Chocolate Chip Muffin


Bahan-bahan:
A
2 large eggs
250 ml fresh milk
125ml vegetables oil
150gm granulated sugar (ikut suka nk manis mcm mn)
1 tsp (sudu kecil) vanilla extract
B
400gm plain flour
4 tsp (sudu kecil) baking powder
1 tsp (sudu kecil) salt
C
1 packet of chocolate chip
Cara-cara:
Pukul (hand mixer) bahan A dengan mengikut turutan seperti diatas iaitu telur kemudian susu, minyak dan etc. Setelah agak fluffy, masukkan bahan B dan pukul sederhana dlm beberapa minit sahaja. Setelah sebati, masukkan chocolate chip tetapi kali ini jgn pukul dgn mixer tetapi kacau dgn spatula. Oh,ya!Sebelum terlupa..sila panaskn oven anda sebelum membuat ini semua. 400F atau 200C. Continue..masukkan adunan dlm muffin cup 3/4 penuh (sbb nnt dia naik sendiri sbb ada baking powder) klu x guna muffin cup..jgn lupa gris acuan muffin terlebih dahulu dengan butter agar tidak melekat ya! Selepas itu masukkan ke dlm oven dan putarkan (certain org guna tekan2 la..) 20-25 minit masa membakar. Jangan lupa api atas bawah. Nah, sdh siap muffin simpla yg mudah, ringkas tp sedap bole kalahkn muffin kt starbucks :P


Hidangan: Boleh membuat 12-15 biji muffin

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP