Saturday, February 7, 2009

Nasi Lemak Goreng




Idea ini terhasil kerana terdapat lebihan nasi lemak tetapi sambal nasi lemak telah habis. Untuk tidak membazir (sesungguhnya membazir itu perbuatan syaitan) saya telah membuat eksperimen menggoreng nasi lemak tersebut. Hasilnya sungguh lumayan..nasi goreng yang agak berlemak (Awas!!Jangan di makan selalu kerana kandungan lemaknya yg sgt tinggi!Stay healthy - pesanan drpd penaja)

Bahan-bahan utama
Nasi lemak (klu x ada bole masak nasi lemak dulu cara2 nya spt msk nasi biasa tetapi tukarkan air kepada santan, masukkan garam sedikit, dan halia)
Ikan bilis (di goreng terlebih dahulu)
Sayur (ikut suka tapi sy memilih sayur kacang pjg yg di potong halus)
Daging/Ayam/seafood/sosej (sy gemar menggunakan sosej kerana budak2 mmg suka mkn nasi yg ada sosej..eh sejak bila sy ada anak???)
Garam secukup rasa
minya untuk menumis

Bahan-bahan tumis
Cili padi (ikut suka..tp sy suka angka ganjil..org tua2 kata klu ganjil pedas??sy suka letak 13 cili)
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih (mesti guna kerana kandungan anti oksida yg tinggi ya!)
sedikit ikan bilis
1cm belacan

Cara-Caranya:
Kisar bahan-bahan tumis atau tumbuk dgn lesung. Saya gemar tumbuk kerana rasa lebih enak,tp apakan daya berada d perantauan terpaksa guna blender (ada jual tetapi mahal)

Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan tumis yg telah di kisar.
Setelah naik bau, masukkan ayam/daging/seafood/sosej.
Masukkan sayur dan nasi, gaul sebati.
Akhir sekali taburkan ikan bilis yg telah di goreng.
Bubuh garam dan gaul (sila kurangkan garam untuk mengelakkan darah tinggi)
Tutup api dan sedia utk di hidang.
Selamat mencuba!

Hidangan: 5 orang (mengikut size badan)

0 comments:

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP