Tuesday, February 10, 2009

Begedil Daging Comel


Hari ini orang rumah saya telah bergotong royong membuat begedil bulat yang comel (djasmi,a'ai,yin dan saya). Rasanya pun comel..eh sedap!!!Resepi ini sebenarnya di ajar oleh effy dan effy pula dapat ketika dia study kt US dulu. Hahahah x berkaitan pun. Ini adalah makanan kesukaan saya tetapi untuk menyediakannya memang agak leceh jadi saya jarang memasaknya. Jadi sesiapa yang memang teringin sangat2 nak makan begedil boleh la mencuba. Sila bergotong royong seperti kami jika ingin membuatnya dengan pantas. Hahahaha. Gmbr di ats sebelum dan selepas.

Bahan-Bahan:
10 biji ubi kentang sederhana besar
300 gm daging -dicincang
300 gm ayam-dicincang
1 ikat daun bawang - dipotong halus
1 ikat daun sup -dipotong halus
sedikit bawang goreng (xde pun xpe)
1 labu bawang merah -dicincang halus
5 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
Garam
Minyak

Cara-caranya:
1.ubi kentang dihiris sederhana tebal dan di goreng(bole jg direbus)
2.Kentang td ditumbuk/dilenyek dgn pelenyek/alat masak burger tu..
3. Ayam dan daging di goreng/direbus atau plg mudah masukkan dlm microwave hingga empuk
4.campurkan kentang,ayam,daging,daun sup,daun bawang,bawang dan tepung jagung.
5.Gaulkan bersama-sama.Letak garam dan rasa..hmm..ngam!
6.Bolehla di gentel bulat2 kecik dan comel. Klu x kecil x jd begedil daging comel la...
7.Panaskan minyak di kuali(minyak banyak tau utk menggoreng)
8.Pecahkan telur didalam mangkuk dan pukul. Kemudian salutkan begedil dgn telur dan kemudian masukkan ke dlm kuali.
9.Goreng sehingga warna begedil berubah kepada coklat keemasan.
10.Sedia untuk di hidang.

Anggaran hidangan
Hidangan: 30-40 biji begedil yg comel
Masa penyediaan:40-50-60minit
Masa memasak:20 minit je goreng semua 30/40 begedil ni.

Nota kaki:jika tidak suka campurkn ayam dgn daging, boleh juga memilih antara salah satu yg disukai.

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP