Tuesday, February 10, 2009

Mee goreng perantau


Mee goreng perantau, kenapa?Sebab ketika mee ni di goreng, saya berada di perantauan. Hahaha. Terima kasaih pada yang sedia berkunjung ke blog tidak seberapa ini. Saya hargai semua komen, teguran dan nasihat. Ramai meminta resepi untuk orang2 bujang, tetapi saya rasa setakat ini, semua resepi sesuai utk org bujang. Sila jangan malas ke kedai dan dapur. hohohoho

Bahan-bahan:
1 packet mee kuning (egg noodle)
500gm daging dihiris halus
3 batang carrot di hiris nipis
1 ikat sawi/bayam (mengikut suka)
2 sudu makan oyster sauce
2 sudu besar sos cili (ikut suka)
2 sudu besar sos tomato (ikut suka)
Sedikit kicap manis dan masin (ikut suka,x letak pun x pe)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
4 biji cili merah
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
Bahan kisar ini juga boleh digantikan dengan perencah mee goreng adabi atau jenama yang sewaktu dengannya..

Cara-caranya:
1.Bahan kisar dikisar/diblend bersama.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi/perencah mee goreng
3.Setelah pecah minyak,masukkan oyster sauce, sos cili, sos tomato dan kicap.
4.Biarkan mendidih kemudian masukkan daging. Jika suka boleh masukkan fishball/fishcake/seafood la
5.Setelah daging empuk, masukkan carrot dan tunggu sehingga lembut.
6.Masukkan mee kuning dan sayur hijau (sawi/bayam) dan gaul rata
7. Masukkan garam jika perlu. Sedia untuk di hidang

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 5 ke 7 orang yang sederhana lapar
Masa penyediaan: 20 minit (kupas bawang - potong carrot - potong daging - etc)
Masa memasak: 20 minit (lama sbb nak pastikan daging betul2 empuk)

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP