Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Friday, April 3, 2009

Lasagne Ala djfi (white sauce)









Bahan-Bahan A:
11 Lasagne pasta sheet (di jual di pasaraya)
250g mozarella cheese/pizza cheese
250g parmesan cheese (grated)

Bahan-bahan B:
1 tin mushroom in mushroom cream
200g isi ayam di potong kecil2
Sedikit sayur brokoli dipotong kecil
Sedikit carrot di potong kecil
Sedikit cauli flower di potong kecil
1 botol kecil sos lasagne putih (di jual di pasaraya)
(bole juga di tambah seafood spt crab stick n fishball jika suka)

Cara-Caranya:
Mula-mula sekali kita sediakan bahan2 B.
1.Panaskan minyak di dalam periuk.
2.Masukkan isi ayam dan masak hingga empuk.
3.Masukkan mushroom + mushroom cream.
4.Masukkan sayur-sayuran
5.Masukkan sos putih lasagne dan gaul sebati.
6.Setelah masak..ketepikan sebentar

Panaskan oven 200 degree celcius..api atas bwh mcm biasa.
Letak aluminum foil dalam loyang empat segi dan gris atasnya dgn butter (spy x meleka)
Pasta sheet bole la di rebus terlebih dahulu utk melembutkannya (seperti masak pasta)
Tetapi jika malas...ketika masak lasagne...masa 10 minit di bwawah ini..harus di tukar kepada 20-30 minit.

1.Letakkan 4 lasagne sheet dalam loyang dan tabur sedikit cheese atasnya.
2.Masukkan dalam oven dan bakar dlm masa 10 minit(jika sdh lembut) atau 30 minit(jika belum lg masak)
3.Kemudian masukkan setengah bahan B yg sdh dimasak.Taburkan cheese dan alas dgn lasagne sheet lg (3 keping)
4.Bakar lagi di dalam oven selama 10 atau 30 minit.(bergantung pd lasagne sheet)
5.Keluarkan dan lapis dgn lebihan bahan B.
6.Taburkan cheese dan alas dgn lasagne sheet (4 keping)
7.Taburkan cheese lagi di atas lasagne sheet sampai tertutup atau mengikut suka. Lagi byk cheese lagi sedap...tp terlebih bole membawa kepada muak..hahahaha
8.Taburkan spicy herbs spt basil or oregano (mengikut suka) dan bakar lagi dalam masa 20-30 minit.

Tadaa...da siap.The most simple lasagne recipe...heheheh


Anggaran hidangan
Hidangan: 5 orang
Masa penyediaan & memasak: 1 jam

Wednesday, March 18, 2009

Makaroni Goreng


Bahan-bahan:
1 packet pasta macaroni direbus dan di tos
500gm daging dihiris halus
3 batang carrot di hiris nipis
2 sudu besar sos cili (ikut suka)
2 sudu besar sos tomato (ikut suka)
Sedikit kicap manis dan masin (ikut suka,x letak pun x pe)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
4 biji cili merah
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih

Cara-caranya:
1.Bahan kisar dikisar/diblend bersama.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi
3.Setelah pecah minyak,masukkan sos cili dan sos tomato
4.Biarkan mendidih kemudian masukkan daging. Jika suka boleh masukkan fishball/fishcake/seafood la
5.Setelah daging empuk, masukkan carrot dan tunggu sehingga lembut.
6.Masukkan pasta dan sayur dan gaul rata
7.Masukkan garam jika perlu. Sedia untuk di hidang

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 6 ke 8 orang yang sederhana lapar
Masa penyediaan: 30 minit (kupas bawang - rebus pasta - potong carrot - potong daging - etc)
Masa memasak: 20 minit (lama sbb nak pastikan daging betul2 empuk)

Macaroni and chicken salad



Bahan-Bahan:
1/2 paket pasta makaroni di rebus dan di tus
250gm isi ayam di rebus dan di carik halus2
1 tin besar buah-buahan campuran
1 tin pineapple (jus nya di simpan)
1 kotak sederhana raisins (kismis)
Sos salad
Mayonis

Cara-caranya:
1.Masukkan ayam,buah-buahan, nenas,raisins dan kacau hingga sebati.
2.Masukkan sos salad dlm anggaran 3-4 sudu besar
3.Masukkan mayonis juga dalam 3-4 sudu besar
4.Masukkan jus nenas dalam 1/4 tin
5.Masukkan sedikit gula jika perlu
6.Gaul sebati. Masukkan dalam peti sejuk utk lebih lazat.
7.Boleh di hidang begitu sahaja atau sebagai pencuci mulut

Sunday, February 8, 2009

Pasta Carbonara



Maaf kerana gambar tidak jelas.

Bahan-Bahan:

1 paket pasta fetuccine (atau mengikut suka)
2 ulas bawang putih -di cincang
1 botol carbonara sauce / White sauce (brand ikut suka..tp sy memilih dolmio)
300gm boneless chicken -dipotong kecil2
1 tin cendawan butang -dihiris halus
2 tsp italian herbs (klu xde xpe)
sedikit keju parmesan utk di tabur (x ade pun x pe)
Garam mengikut suka
Minyak untuk menumis

Cara-Caranya:
Seperti biasa sediakan pasta seperti arahan memasak. Angkat, tos dan ketepikan.

Untuk membuat sos, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam dan masak hingga empuk.
Masukkan sos carbonara dan mushroom.
Masukkan herbs jika ada.
Kacau hingga mendidih. Dan boleh la di makan dgn pasta td.
Tabur keju atas pasta dan sos.
Untuk makanan berkhasiat, makan bersama brokoli dan carrot yg telah di rebus.

Hidangan: 5-8 orang (mengikut size badan dan cara pemakanan)

Spaghetti Bolognese




Bahan-Bahan:

1 packet spaghetti (pasta angel hair pon sodap!)
1 tin cendawan butang (button mushroom) -di hiris halus
1 botol bolognese sauce (prego/dolmio/apa2 brand pun bole)
500gm daging cincang
1 labu bawang besar di cincang/hiris halus
2 ulas bawang putih dicincang/hiris halus
2 tsp oregano / italian mixed herbs spice (klu tiada pun tidak mengapa)
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Rebus spaghetti seperti arahan memasak kt belakang label tersebut.
Tapi biasanya rebus spaghetti dlm 10-20 minit dalam air mendidih yg di tambah sedikit minyak (agar pasta tidak melekat) dan sedikit garam)
Setelah masak angkat, toskan dan letak tepi.

Untuk menyediakan sosnya, mula2 tumis bawang besar dan bawang putih di dalam periuk.
Setelah naik bau, masukkan daging dan goreng hingga empuk.
Kemudian masukkan sos bolognese dan mushroom.
Akhir sekali masukkan serbuk oregano/ herbs jika ada.
Wala...bon apetit.

Hidangan: 5-8 orang (mengikut size badan, tahap kelaparan dan pola pemakanan)

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP