Monday, March 29, 2010

Sup Ayam dan Sayur Masin



Maaflah sudah lama tiada update resepi kt blog ni. Malas nk type dan amek gmbr time masak. Okla kali ni resepi sup yang agak mudah juga. Sesuai untuk yg bujang atau pun yang dah kahwin :) Sayur masin ni korang leh beli kt kedai2 atau buat sendiri. Sayur masin dalam resepi ni di buat sendiri. Cara-caranya mudah sahaja. Sayur sawi di jemur dlm 1 hari. Pastu rendam dalam air garam dlm 2-3 hari gitu. Toskan air, simpan air garam sikit je dalam bekas dan masukkan dlm peti sejuk. Baiklah, kembali pada resepi


Bahan-Bahan:

1/4 ekor ayam di potong2 sederhana bsr
1-2 biji lobak (ikut suka)
3 biji kentang (ikut suka)
3-4 btg sayur masin (dipotong-potong)
1 peket sup bunjut
3 ulas bwg merah (dikisar)
2 ulas bwg putih (dikisar bersama bwg merah)
1-2 inci halia yg diketuk
1-2 biji tomato (klu x nak letak pon x pe
4-5 gelas air (saya guna size mug)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara-Caranya:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang yg telah dikisar. (step ni boleh di langkah)
2. Bila dah naik bau, masukkan air, ayam, sup bunjut dan halia.
3. Biar sampai mendidih baru la masukkan kentang dan lobak.
4. Bila sayur2 tu dah empuk, akhir skali masukkan sayur masin dan tomato.
5. Masukkan sedikit garam, jgn byk sgt sbb sayur masin dah agak masin sikit.
6. Biar didih kejap je dan terus tutup api.
7. Sedia utk di hidang :P

Step 1 boleh dilangkah klu malas nk tumis2 bawang (org bujang kn ada sedikit malas). So terus ke langkah ke-2. Didihkan air, ayam, sup bunjut dan halia. Kalau x nak letak sayur masin pun x pa. Tp jadi sup ayam biasa je la. Heheheh. Sesuai utk org sakit gak sbb sup ayam panas kn boleh legakan demam atau selesema (chicken soup for the soul) LoL

Minyak jgn byk tau!Sebab ayam akan kuarkn minyak dia gak. Kita nk healthy menu n diet :)

0 comments:

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP