Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, March 29, 2010

Sup Ayam dan Sayur Masin



Maaflah sudah lama tiada update resepi kt blog ni. Malas nk type dan amek gmbr time masak. Okla kali ni resepi sup yang agak mudah juga. Sesuai untuk yg bujang atau pun yang dah kahwin :) Sayur masin ni korang leh beli kt kedai2 atau buat sendiri. Sayur masin dalam resepi ni di buat sendiri. Cara-caranya mudah sahaja. Sayur sawi di jemur dlm 1 hari. Pastu rendam dalam air garam dlm 2-3 hari gitu. Toskan air, simpan air garam sikit je dalam bekas dan masukkan dlm peti sejuk. Baiklah, kembali pada resepi


Bahan-Bahan:

1/4 ekor ayam di potong2 sederhana bsr
1-2 biji lobak (ikut suka)
3 biji kentang (ikut suka)
3-4 btg sayur masin (dipotong-potong)
1 peket sup bunjut
3 ulas bwg merah (dikisar)
2 ulas bwg putih (dikisar bersama bwg merah)
1-2 inci halia yg diketuk
1-2 biji tomato (klu x nak letak pon x pe
4-5 gelas air (saya guna size mug)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara-Caranya:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang yg telah dikisar. (step ni boleh di langkah)
2. Bila dah naik bau, masukkan air, ayam, sup bunjut dan halia.
3. Biar sampai mendidih baru la masukkan kentang dan lobak.
4. Bila sayur2 tu dah empuk, akhir skali masukkan sayur masin dan tomato.
5. Masukkan sedikit garam, jgn byk sgt sbb sayur masin dah agak masin sikit.
6. Biar didih kejap je dan terus tutup api.
7. Sedia utk di hidang :P

Step 1 boleh dilangkah klu malas nk tumis2 bawang (org bujang kn ada sedikit malas). So terus ke langkah ke-2. Didihkan air, ayam, sup bunjut dan halia. Kalau x nak letak sayur masin pun x pa. Tp jadi sup ayam biasa je la. Heheheh. Sesuai utk org sakit gak sbb sup ayam panas kn boleh legakan demam atau selesema (chicken soup for the soul) LoL

Minyak jgn byk tau!Sebab ayam akan kuarkn minyak dia gak. Kita nk healthy menu n diet :)

Sunday, September 6, 2009

Ayam Panggang Ramadhan istimewa



Resepi mudah di bulan puasa

Bahan-bahan:

Ayam (thigh)
Madu
Italian spicy herbs
Oyster sauce
Olive oil
Sedikit butter
Lada hitam
Kentang utk side dish

Cara-caranya:

1. Gaul ayam bersama semua bahan di atas dan cucuk2 guna garfu supaya bahan meresap ke dalam ayam
2. Perap selama 1-2 jam
3. Masak dalam oven, api atas bawah, 180 degree, 25-30 minit atau sehingga ayam masak
4. Siap utk di hidang

Thursday, May 7, 2009

Ayam goreng kunyit



Bahan-bahan:

Ayam di potong kecil
Kunyit
Garam secukup rasa
Sayur kacang
Bawang besar
Cili padi
Minyak utk menggoreng

Cara-Cara:

1. Mula2 skali ayam di bubuh garam kunyit dan perap sekejap.
2. Goreng ayam dalam kuali sehingga agak masak.
3. Kurangkan minyak menggoreng ayam td, dan kemudian boleh la di bubuh bawang, cili, sayur kacang,kunyit dan garam.
4. Masak sehingga sayur dan bawang masak (tidak berapa layu).
5. Sedia utk dihidang

Ayam goreng ala KFC (dj-fc)




Bahan-Bahan:
5 ketul ayam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
sedik serbuk cili kering
sedikit garam
sedikit lada hitam
1 biji telur
20ml susu segar

Cara-caranya:
1. susu dan telur di pukul bersama.
2. Bahan2 lain selain susu dan telur..di gaul bersama.
3. Masukkan ayam ke dalam adunan tepung terlebih dahulu dan lumurkan..golek2 kan.
4. Kemudian masukkan ke dalam bancuhan telur
5. Dan golekkan dalam bancuhan tepung sekali lg.
6. Goreng dalam minyak yg penuh atas api yg sederhana

Rasa cm ayam goreng kfc..betul x tipu. Klu nk lg real..boleh letak bahan2 rempah/herba lain..mcm jintan,basil..atau apa2 menikut suka.

Rosted Chicken with Thyme



Bahan-bahan:


1 ekor ayam yg telah dibersihkan
1 biji capsicum
1 biji red pepper (lada benggala merah kot)
1 biji yellow pepper
4 biji tomato
1 ikat daun thyme atau rosemery (but i prefer thyme)
sedikit butter
sedikit olive oil
sedikit garam

Cara-Caranya:
1. semua sayur2 di potong dadu dan di gaul dgn garam.
2. masukkan ke dalam badan ayam, sumbat penuh2.
3. Tarik kulit ayam..tetapi jangan sampai terputus. Hanya sediakan ruang untuk sumbat daun thyme. Tgk gmbr diatas.
4. Sapukan permukaan ayam dengan butter dan garam dan tabur sedikit olive oil.
5. Bakar ayam dlm oven selama 1 jam 10 minit dgn suhu 180 d.c

Selamat Mencuba!

Wednesday, March 18, 2009

Ayam Goreng Madu (coming soon)


Tuesday, March 10, 2009

Ayam masak halia & oyster sauce

Resepi ini di ambil drpd kak liza..ala blog resepi yg famous tu http://makan.cari.com.my/ . Tp telah di ubah suai mengikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan
500gm ayam (di potong sederhana besar)
3 sudu makan oyster sauce
2 sudu kecil lada hitam
10cm halia dihiris
1 labu bawang mesar merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan bancuhan air tepung jagung
5 biji cili padi
Minyak
Air

Cara-caranya
1. Panaskan minyak ke dalam kuali
2. Masukkan bawang dan halia, goreng hingga naik bau
3. Masukkan ayam, air dan oyster sauce
4. Biar hingga ayam empuk
5. Masukkan lada hitam dan cili padi
6. Akhir skali masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
7. Angkat dan bolehla dihidangkan

Anggaran hidangan
Hidangan: 4 orang
Masa penyediaan & memasak: 30 minit

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP