Monday, March 29, 2010

Sup Ayam dan Sayur Masin



Maaflah sudah lama tiada update resepi kt blog ni. Malas nk type dan amek gmbr time masak. Okla kali ni resepi sup yang agak mudah juga. Sesuai untuk yg bujang atau pun yang dah kahwin :) Sayur masin ni korang leh beli kt kedai2 atau buat sendiri. Sayur masin dalam resepi ni di buat sendiri. Cara-caranya mudah sahaja. Sayur sawi di jemur dlm 1 hari. Pastu rendam dalam air garam dlm 2-3 hari gitu. Toskan air, simpan air garam sikit je dalam bekas dan masukkan dlm peti sejuk. Baiklah, kembali pada resepi


Bahan-Bahan:

1/4 ekor ayam di potong2 sederhana bsr
1-2 biji lobak (ikut suka)
3 biji kentang (ikut suka)
3-4 btg sayur masin (dipotong-potong)
1 peket sup bunjut
3 ulas bwg merah (dikisar)
2 ulas bwg putih (dikisar bersama bwg merah)
1-2 inci halia yg diketuk
1-2 biji tomato (klu x nak letak pon x pe
4-5 gelas air (saya guna size mug)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara-Caranya:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang yg telah dikisar. (step ni boleh di langkah)
2. Bila dah naik bau, masukkan air, ayam, sup bunjut dan halia.
3. Biar sampai mendidih baru la masukkan kentang dan lobak.
4. Bila sayur2 tu dah empuk, akhir skali masukkan sayur masin dan tomato.
5. Masukkan sedikit garam, jgn byk sgt sbb sayur masin dah agak masin sikit.
6. Biar didih kejap je dan terus tutup api.
7. Sedia utk di hidang :P

Step 1 boleh dilangkah klu malas nk tumis2 bawang (org bujang kn ada sedikit malas). So terus ke langkah ke-2. Didihkan air, ayam, sup bunjut dan halia. Kalau x nak letak sayur masin pun x pa. Tp jadi sup ayam biasa je la. Heheheh. Sesuai utk org sakit gak sbb sup ayam panas kn boleh legakan demam atau selesema (chicken soup for the soul) LoL

Minyak jgn byk tau!Sebab ayam akan kuarkn minyak dia gak. Kita nk healthy menu n diet :)

Monday, November 16, 2009

Roti Jala Simple



This is my 1st attempt cooking roti jala. Sumber diperolehi dari myresepi.com
Simple je..beginner boleh la try.

Bahan-Bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar/air
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar susu tepung
1 biji telur
3-4 titik pewarna kuning

Cara-caranya:

Blend semua bahan-bahan yg di atas
Biarkan selama 30 minit

Panaskan kuali..sebaik2nya gunakan non-stick pan. Guna api yg paling kecil. Sapukan sedikit sahaja minyak. Bg titik2 je. Klu boleh pasang tungku bawah kuali agar tidak terdedah terus kpd api. Masukkan dalam acuan dan mula lah menjala. Buat mcm putaran. Agak2 dah masak..terus lipat atau gulung atas kuali dan angkat.
Dah siap...hidangkan bersama kari ayam.


Anggaran hidangan : 15 keping roti jala.
Masa memasak dan penyedian : 40-60 minit

Wednesday, October 21, 2009

Som tam versi sabah




Resepi versi sabah sbb di buat di sabah dan bukannya som tam asli thailand :P
Som tam asli thai biasanya di tambah betik muda dan lain2 lg. Maaf, gmbr di ambil setelah selesai makan :)


Bahan-Bahan:


2 biji mangga manila muda (atau apa jenis mangga pun boleh)
4-6 biji cili padi (ikut suka)
2 biji cili merah
sedikit udang kering
sedikit belacan
sedikit sos ikan/sos nam pla
sedikit gula


Cara-Caranya:

1. Kisar cili padi, cili merah, sedikit air dan juga belacan (biar agak kasar sedikit)
2. Kemudian kisar udang kering (juga jgn halus sgt)
3. Parut mangga atau hiris halus2.
4. Gaul mangga bersama sos ikan, gula, udang kering dan bahan kisar cili.
5. Siap. Boleh di letak kacang atau sayur2 yg lain spt lobak atau tomato.

Roti Nestum berCheese

Resepi ini diberi oleh Puan Tifa (ex-classmate). Merupakan seorang wanita bekerjaya dan isteri yang hebat. Resepi ini sesuai utk minum petang dan juga khasnya kepada si kecil dn bg mereka yg menggemari keju. Rasanya sedikit lemak dan saya telah mengubah sedikit resepi asal pn tifa ini yg beliau perolehi dr resepi nestum kot?



Bahan-bahan dan cara-caranya:

4 keping roti, serbuk nestum, 1 biji telur, sedikit gula, 2 keping keju kraft single, minyak utk menggoreng


1.Letakkan keju di tgh2 roti. Tutup dan belah dua

2. Pukul telur bersama gula. celupkan roti di dalam telur

3.Kemudian golekkan atas serbuk nestum

4.Goreng sehingga keperangan (deep fry bole, guna sedikit minyak pun bole)

5.Wala....makan ketika panas

Tuesday, October 6, 2009

Biskut Cornflakes bermadu





This is one of my fav biskut raya. Lg pon ianya simple dan merupakan biskut raya pertama yg saya buat. Time tu mula2 muncul biskut cornflakes. Tahun 1996 rasanya?Klu x silap la kan. So I wanna to share this recipe with u all. Korg try la..klu yg x pandai buat kuih tu pon.gerenti jadi gak kuih ni..sbb senang. Copy from Majalah saji February 1996 (cover depan zalina azman and haliza misbun)
Bahan-Bahan:
90gm mentega
1/3 cawan madu
1 1/2 sudu besar gula kastor
4 cawan cornflakes (any brand tp nestle plg sedap, kellog's nye emping sgt nipis tp cornflakes berasal dr kellog-nama org ni. Begitulah sedikit sejarah cornflakes)
1/2 cawan kacang gajus atau apa2 kekacang-di cincang (x letak pon x pe)
1 sudu besar bijan goreng
ceri utk hiasan
Cara-Cara:
1. Campur mentega, madu dan gula dan pnskan atas api sederhana hingga cair
2. Biarkan mendidih kemudian angkat dan sejukkan
3. Masukkan cornflakes, bijan, kekacang ke dlm adunan no 1 dan gaul mesra. Jgn masukkan ketika pns nnt cornflakes lembik.
4. Masukkan dlm cawan kertas
5. Bakar selama 10 minit atau sehingga nmpk kekuningan. Suhu dlm 120 degree cm tu ye.
Selamat mencuba


Sunday, September 6, 2009

Ayam Panggang Ramadhan istimewa



Resepi mudah di bulan puasa

Bahan-bahan:

Ayam (thigh)
Madu
Italian spicy herbs
Oyster sauce
Olive oil
Sedikit butter
Lada hitam
Kentang utk side dish

Cara-caranya:

1. Gaul ayam bersama semua bahan di atas dan cucuk2 guna garfu supaya bahan meresap ke dalam ayam
2. Perap selama 1-2 jam
3. Masak dalam oven, api atas bawah, 180 degree, 25-30 minit atau sehingga ayam masak
4. Siap utk di hidang

Friday, September 4, 2009

Salmon with Lemon Sauce


Agak lama tidak update. Bz dgn exam. Sepanjang bulan ramadhan di perantaun, mmg ada la masak sikit2. Yelah, org bujang kt M'sia survive punya lah sbb ada bazaar ramadhan. Sini mana nk cari?Terpaksala masak sedap2 sendiri. Hehehe. Ok, resepi kali ini di adaptasi dr yani @ MyResepi. Di ubah suai sikit je.

Bahan-Bahan

1-2 keping salmon fillet (di buang kulit)
1 sudu besar butter/margerine
1-2biji lemon/limau (perah dan ambil jus)
2 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung
3 sudu besar olive oil/minyak sunflower (minyak biasa pon bole)
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit italian herbs (xde pon x pe)
Sedikit air

Cara-caranya

1. Salmon di bersihkan dan di salut dgn tepung, garam dan lada hitam sedikit.
2. Panaskan 2 sudu besar olive oil di atas kuali.
3. Masukkan salmon. Goreng sehingga masak. Ketika di goreng2 dan dibalik2 kan..bole tabur italian herbs dan lada hitam lg.
4. Bila dah masak angkat dan ketepikan. Make sure jgn biarkn minyak hangus sbb nk guna utk buat sos pula.
5. Minyak yg lebih tu, masukkan lg 1 sudu olive oil, butter, lemon jus dan sedikit air.
6. Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.
7. Bila dah agak2 pekat, dah jd cam sos tu, tutup api dan tuang atas salmon. Sedia untuk dihidang. Sedap!!!!


Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 1-2 orang bujang je
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 25 minit (goreng ikan pastu masak sos)

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP