Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Roti Jala Simple



This is my 1st attempt cooking roti jala. Sumber diperolehi dari myresepi.com
Simple je..beginner boleh la try.

Bahan-Bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar/air
1 sudu teh garam
4-5 sudu besar susu tepung
1 biji telur
3-4 titik pewarna kuning

Cara-caranya:

Blend semua bahan-bahan yg di atas
Biarkan selama 30 minit

Panaskan kuali..sebaik2nya gunakan non-stick pan. Guna api yg paling kecil. Sapukan sedikit sahaja minyak. Bg titik2 je. Klu boleh pasang tungku bawah kuali agar tidak terdedah terus kpd api. Masukkan dalam acuan dan mula lah menjala. Buat mcm putaran. Agak2 dah masak..terus lipat atau gulung atas kuali dan angkat.
Dah siap...hidangkan bersama kari ayam.


Anggaran hidangan : 15 keping roti jala.
Masa memasak dan penyedian : 40-60 minit

Wednesday, October 21, 2009

Roti Nestum berCheese

Resepi ini diberi oleh Puan Tifa (ex-classmate). Merupakan seorang wanita bekerjaya dan isteri yang hebat. Resepi ini sesuai utk minum petang dan juga khasnya kepada si kecil dn bg mereka yg menggemari keju. Rasanya sedikit lemak dan saya telah mengubah sedikit resepi asal pn tifa ini yg beliau perolehi dr resepi nestum kot?



Bahan-bahan dan cara-caranya:

4 keping roti, serbuk nestum, 1 biji telur, sedikit gula, 2 keping keju kraft single, minyak utk menggoreng


1.Letakkan keju di tgh2 roti. Tutup dan belah dua

2. Pukul telur bersama gula. celupkan roti di dalam telur

3.Kemudian golekkan atas serbuk nestum

4.Goreng sehingga keperangan (deep fry bole, guna sedikit minyak pun bole)

5.Wala....makan ketika panas

Thursday, May 7, 2009

Roti telur sosej



Atas permintaan ramai (chewah..pdhal 3-4 org je), ini adalah antara resepi org bujang yg plg simple,senang,cpt dan sesuai for a quick breakfast. Terima kasih pd rakan2 yg sentiasa menyokong blog ini. hehehehe.

Bahan-bahan:
Roti
Sosej yg telah siap digoreng
Telur

Cara-caranya:
1. Pukul telur dan celup roti dlm telur.
2. Gulung roti dengan sosej kemudian bakar ats kuali dimana bahagian yg telah di gulung agar roti melekat.
3. Teerbalik2 kan roti. Dah siap..mudah je..

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP