Tuesday, February 10, 2009

Bihun Goreng Ala djfi


Sebenarnya 'djfi' tu saja mengada. Seperti mee goreng, resepi bihun goreng ini juga sama cuma mee sahaja yang di gantikan dengan bihun. Masa memasak juga di panjangkan sedikit kerana mee mudah rapuh sedangkan bihun pula tidak. Bagi yang tidak tahan pedas boleh kurangkan cili kering dan tambahkan cili hidup. Tapi kalau dua2 cili pun tidak tahan, sila kurangkan mengikut daya ketahanan masing2. Bahan kisar juga boleh digantikan dengan perencah bihun goreng adabi jika tidak ada masa dan malas!

Bahan-bahan:
1 packet bihun
500gm daging dihiris halus
3 batang carrot di hiris nipis
1 ikat sawi/bayam (mengikut suka)
2 sudu makan oyster sauce
2 sudu besar sos cili (ikut suka)
2 sudu besar sos tomato (ikut suka)
Sedikit kicap manis dan masin (ikut suka,x letak pun x pe)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
4 biji cili merah
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
Bahan kisar ini juga boleh digantikan dengan perencah bihun adabi atau jenama yang sewaktu dengannya..

Cara-caranya:
1.Bahan kisar dikisar/diblend bersama.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi/perencah mee goreng
3.Setelah pecah minyak,masukkan oyster sauce, sos cili, sos tomato dan kicap.
4.Biarkan mendidih kemudian masukkan daging. Jika suka boleh masukkan fishball/fishcake/seafood la
5.Setelah daging empuk, masukkan carrot dan tunggu sehingga lembut.
6.Masukkan mee kuning dan sayur hijau (sawi/bayam) dan gaul rata
7.Masukkan garam jika perlu. Sedia untuk di hidang

Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 7 ke 8 orang yang sederhana lapar
Masa penyediaan: 30 minit (Rendam bihun-kupas bawang-potong carrot-potong daging - etc)
Masa memasak: 30 minit (lama sbb nak pastikan daging betul2 empuk dan bihun tidak keras mcm dawai)

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP