Sunday, September 6, 2009

Ayam Panggang Ramadhan istimewa



Resepi mudah di bulan puasa

Bahan-bahan:

Ayam (thigh)
Madu
Italian spicy herbs
Oyster sauce
Olive oil
Sedikit butter
Lada hitam
Kentang utk side dish

Cara-caranya:

1. Gaul ayam bersama semua bahan di atas dan cucuk2 guna garfu supaya bahan meresap ke dalam ayam
2. Perap selama 1-2 jam
3. Masak dalam oven, api atas bawah, 180 degree, 25-30 minit atau sehingga ayam masak
4. Siap utk di hidang

Friday, September 4, 2009

Salmon with Lemon Sauce


Agak lama tidak update. Bz dgn exam. Sepanjang bulan ramadhan di perantaun, mmg ada la masak sikit2. Yelah, org bujang kt M'sia survive punya lah sbb ada bazaar ramadhan. Sini mana nk cari?Terpaksala masak sedap2 sendiri. Hehehe. Ok, resepi kali ini di adaptasi dr yani @ MyResepi. Di ubah suai sikit je.

Bahan-Bahan

1-2 keping salmon fillet (di buang kulit)
1 sudu besar butter/margerine
1-2biji lemon/limau (perah dan ambil jus)
2 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung
3 sudu besar olive oil/minyak sunflower (minyak biasa pon bole)
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit italian herbs (xde pon x pe)
Sedikit air

Cara-caranya

1. Salmon di bersihkan dan di salut dgn tepung, garam dan lada hitam sedikit.
2. Panaskan 2 sudu besar olive oil di atas kuali.
3. Masukkan salmon. Goreng sehingga masak. Ketika di goreng2 dan dibalik2 kan..bole tabur italian herbs dan lada hitam lg.
4. Bila dah masak angkat dan ketepikan. Make sure jgn biarkn minyak hangus sbb nk guna utk buat sos pula.
5. Minyak yg lebih tu, masukkan lg 1 sudu olive oil, butter, lemon jus dan sedikit air.
6. Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.
7. Bila dah agak2 pekat, dah jd cam sos tu, tutup api dan tuang atas salmon. Sedia untuk dihidang. Sedap!!!!


Anggaran hidangan..berbeza mengikut individu
Hidangan: 1-2 orang bujang je
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 25 minit (goreng ikan pastu masak sos)

Sunday, August 2, 2009

Sayur Campur Simple




Bahan-Bahan:

2 batang carrot di potong panjang (atau ikut suka)
2 ulas bawang putih di mayang halus
5 btg baby corn di potong sederhana
sedikit kacang panjang/kacang pendek di potong2
1 labu bawang besar
sedikit cendawan payung/butang
sedikit garam
sedikit oyster sauce
sedikit air
sedikit air tepung jagung (utk pekatkan kuah)

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
2. Tumis bawang putih
3. Masukkan sayur yg keras terlebih dahulu kemudian yg lembut2
4. Masukkan oyster sauce dan seidikit garam dan sedikit air
5. Masukkan bawang besar
6. Masukkan tepung jagung
7. Angkat secepat mungkin (jgn biar sayur layu)

Selamat Mencuba!! :P

Omelette Cheese




Bahan-Bahan:


1-2 biji telur

1 biji tomato di potong kiub

4 cendawan butang (kecil) di hiris halus

sedikit isi ayam/sosej/daging di potong halus (optional)

Sedikit mozarella/cheddar cheese

sedikit garam

sedikit air

sedikit susu

sedikit serbuk lada hitam


Cara-caranya:


1. Pecahkn telur dan pukul bersama sedikit air, susu dan garam

2. Panaskan minyak di dalam kuali, bila panas terus kecilkan api

3. Masukkan telur dan tabur semua bahan2 sayur dan daging di tgh2 telur

4. Last sakali masukkan cheese dan tabur sedikit lada hitam dan lipat telur/bungkus

5. terbalikkan sekejap telur dan kemudian terus angkat.



Thursday, June 18, 2009

Nasi Goreng Tomyam



Resepi ni mudah mcm buat sup tom yam jg, but instead of boiling the water to make the soup, this time we use rice. Heheheh.

Bahan-Bahan:

4 mangkuk kecil nasi putih
1 peket perencah tomyam/tomyam paste
2-3 batang serai di hiris halus2
2-3 daun limau di hiris halus2
3-5 biji cili padi di hiris halus2 (ikut nk pedas/tak)
2 batang carrot di potong kecil
sedikit sayur bayam (agak2 la)
2 biji telur
sedikit garam
4 btg baby corn di potong kecil
3 ulas bwg merah di mayang halus
2 ulas bwg putih di mayang halus
100gm isi ayam dipotong kecil
100gm udang (x nk letak pun x pa)
100gm sotong (x nak letak pun x pa)
minyak utk menggoreng

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukan bawang merah dan putih. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan tomyam paste dan tumis hingga naik bau jg.
3. Masukkan ayam,udang,sotong dan goreng hingga agak masak.
4. Masukkan carrot dan biar sebentar.
5. Masukkan telur dan nasi. Gaul sedikit
6. Cepat2 masukkan daun limau, serai, baby corn, bayam dan cili. Kemudian sedikit garam.
7. Masak hingga semua bahan sebati dan angkat. Sedap!!!

Puding Caramel




Maaf gmbr di atas tidak begitu lawa. Terlupa mengambil gambar ketika puding masih elok. Hehehe. Ok, this is another simple pudding recipe but mostly ppl will make mistake when making the caramel syrup. Telebih hangus plak. Hehehe. Got some tips..juz read below. U can found the same recipe from myresipi.com n many more

Bahan-bahan:

3 biji telur
2 biji kuning telur
2-3 titik esen vanilla (utk hilangkan bau telur)
400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus (atau m'ikut suka..x nk manis leh kurangkan)

Bahan-bahan utk caramel syrup/gula hangus:

5 sudu besar gula halus
2 sudu besar air

Cara-caranya:

1. Mula2 skali kita sediakan caramel kita.
2. Masukkan gula dan 1 sudu air ke dlm periuk dan panaskan dgn api yg sederhana. Jangan di kacau.
3. Bila gula dah mula perang masukkan lagi 1 sudu air dan kacau sikit2.
4. Bila dah btl2 perang dan semua gula cair angkat dan tuang dlm loyang dan ketepikan.
5. Dalam periuk yg baru, panaskan susu tetapi jgn sampai mendidih dan ketepikan.
6. Masukkan telur,kuning telur dan gula. Kacau perlahan2. Klu dikacau kuat2 (dipukul) telur akan berbuih dan buih itu akan menyebabkn puding jd berlubang2.Tp klu x kisah byk lubang sbb rasa sm je..x pe la
7. Masukkan susu ke dalam adunan telur td dan esen vanila dan gaul sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang yg berisi caramel (no.4). tutup loyang dgn aluminium foil.
9. Kukus dgn api sederhana dalam masa 30 minit.
10. Boleh juga di bakar dlm oven dgn menggunakan teknik bran-marie. Sapa nk tau..sila google or leh tanya saya ye..hehehe..

Puding Roti Bakar






This is the simplest pudding recipe and you can find it anywhere on the net. I dont realy remember where did I found this recipe. Most probably myresepi.net or mesra.net or makan.cari.com.my with some modification. Sorry cant remember. The most delicious recipe is when u use toast bread (roti keras) or biskut marie instead of plain white bread. Sedap!!! Okla..back to the recipe

Bahan-bahan:

5-6 keping roti putih di sapu dgn butter (klu pakai toast bread or biskut meri x yah la)
450ml susu segar/susu cair
1 sudu teh kecik esen vanilla
3 biji telur
50g gula (ikut suka nak manis atau tak)
1 sudu besar tepung kastard

Cara-caranya:

1. Potong roti mengikut suka dan masukkan ke dalam loyang (plg best potong kecik2)
klu biskut meri/toast bread dipch2 kn jd kecik
2. Panaskan susu di atas api tetapi jgn sampai mendidih dan kemudian ketepikan.
3. Dalam bekas yang lain pukul telur dan gula hingga kembang.
4. Masukkan susu yg tlh dipanaskan td, esen vanila dan tepung kastard.
5. Gaul hingga sebati dan tuang dlm loyang yg berisiroti (no.1)
6. Biar roti kembang dlm 10-20 minit.
7. Bakar dlm oven dgn suhu 180 degree celcius selama 30-40 minit (ataupun hingga masak,pandai2 la agak ye)
8. Siap!!!

DJ FooDsie   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP